Berikut dikongsikan logo Hari Kebangsaan ke-65 bagi tahun 2022. 


MUAT TURUN LOGO HARI KEBANGSAAN KE-65:

Rasional Atau Keterangan Logo

1. Keluarga Malaysia : merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran

2. Teguh : bermaksud kukuh, kuat dan erat

3. Bersama : membawa maksdu bersama-sama berserta atau bergandingan

4. Teguh Bersama : mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan ang dicapai secara kolektif serta mampan 

5. LOGO BERKONSEPKAN JALUR LIPUTAN INTERNET: Melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

6. TIGA JALUR BIRU, MERAH DAN KUNING : Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.

7. TITIK MERAH : Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.

8. KEDUDUKAN YANG BERSELANG-SELI: Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.